Ahad, 30 Disember 2012

Gambar Anda Bukan Milik Anda Lagi

assalamualaikum antum sekalian..hari ni ana terbaca satu artikel tentang keinsafan seorang niqabi yang pernah melakukan kesalahan di laman sosialnya..dan ana x twu nak cerita panjang2..
`Mari Baca'

Selamat menghayati..
~bermulalah penceritaan nya dari sebuah artikel..


Ana bukan nak cari kesalahan kalian sebenarnya tapi ana berkongsi mengikut pengalaman dan mengikut luahan hati niqabi nisa’ yang betol2 menjaga syariatnya..
sewaktu ana masih mempunyai laman sosial itu,pada awalnya ana mengupload gambar ana sbg profile, kerana gambar y di upload sebagai pic profile adalah mempamerkan ‘kesolehan’ diri,ramai yang add na sebagai friends tanpa perlu ana mengadd mereka…
semakin berjalan waktu,semakin dapat ana perhatikan yang mejoriti yang cuba menjadi sahabat ana di fb adalah golongan muslimin.. yang kebanyakannya sedang menuntut di mesir,jordan dan negara2 para nabi yang len… di samping itu jugak dari pondok2 dan pelajar aliran dari aliran agama dan juga tahfiz…
kerana gambar yang terpamer adalah gambar yng menampakkan ‘kesolehan’ diri, sampai ada yag berani melamar ana di dalam laman sosial fb nie dan ada yang sampai terlalu obses.. semakin lama ana semakin sedar bahawa memasukkan gambar ke dalam fb adalah satu tindakan yang kurang bijak dan itu seolah2 sengaja merendahkan martabat diri sebagai seorang niqabi…
kerana peristwa demi peristiwa itu,ana menjadi khilaf dan mengambil tindakn untuk memprivtekan semua album dan jugak memadamkan gambar agar tiada yang mampu melihatnya lagi…
selepas itu ana merujuk kepada ustaz ana… dan ustaz kata ana telah berbuat sesuatu yang salah apabila memasukkan gambbar ke dalam akaun sosial macam tu kerana ia akan mempengaruhi diri ana sebagai seorang yang hafaz…
boleh jadi ana boleh terjebak didalam perkara maksiat seperti zina hati dan mata.. apabila ajnabi melihat gambar itu,walaupun gambar tu tertutup rapi dengan aurat yang terjaga,muslimin yang berkeinginan untuk memperisterikan seorang niqabi boleh jadi akan merenung gambar itu kerana perasa hati yang mula teruji dek kerana sekeping gambar…
justeru itu,selepas ana memadam semua gambar ana di dalam laman itu,Allah tunjukkan kepada ana bagaimana rasa kecewanya apabila niqabi nisa’ dengan sesuka hatinya memasukkan gambar ke dalam laman sosial tanpa di privatekan gambar itu.. malah sampai ada muslimin2 yang puji melambung tinggi…
sedar ataupun tidak,apbila ada muslimin yang memuji muji keadaan niqabi itu dengan menyatakan
“anti nampak solehah”
“ana menginginkan zaujah seperti ni”
“sejuknya mata memandang”
“tenangnya melihat kamu”
dalam sedar mahupun x,hati niqabi yang mendapat kata2 nie dari seowg muslimin akan menlonjat lonjat gembira kerana diri telah berjaya menarik perhatian ajnabi yang mungkin pada pandangan muslimah itu tergolong dalam kalangan ‘soleh’…
oleh itu,mereka akan semakin rancak untuk meng’upload’kan gambar2 mereka semata mata ingin mendapatkan lagi kata2 seperti itu…
malah apabila ada niqabi yang rasa bertanggungjawab untuk menegur silapnya muslimah itu,pada awalnya niqabi yang ditegur seolah olah mampu menerima teguran itu tapi pada hakikatnya hatinya langsung x terusik walaupun muslimah yang menegur itu mengatakan “martabat anti menjadi rendah apabila mempamerkan dengan sengaja”…
itulah hakikat kehidupan sekarang.. ramai yang mula tergerak untuk berniqab tapi sedarkah mereka apa tujuan niqab yang sebenar…????
berniqab sekarang nie bagaikan menjadi satu trend dan ikutan bukan dipakai kerana ingin mngelak daripada di pandang ajnabi…
adakah kalian berniqab kerana ingin dipandang sebagai muslimah solehah…???
adakah kalian berniqab kerana ingin menarik perhatian ajnabi soleh..????
adakah kalian berniqab kerana mahukan pandangan yang bek di kaca mata manusia..???
seandainya kalian menjawab ya untuk semua soalan di atas,sebaiknya kalian jangan meneruskan niat kalian untuk berniqab kerana kesannya akan menimpa sama mereka yang berniqab kerana Allah S.W.T..
tindakan kalian akan membuatkan pandangan negative masyarakat kepada golongan yang berniqab..
“dan apabila kamu ingin meminta sesuatu daripada isteri2 nabi,maka minta di sebalik tabir”
-Al ahzab-
firman diatas merujuk kepada para sahabat… perkataan ‘isteri2′ nabi merujuk kepada semua wanita yang ada.. ingatlah wahai muslimah sekalian,kalian x sepatutnya mempamerkan diri kalian kerana apabila ia dilakukan dengan sengaja semua itu akan jatuh hukuum HARAM…
inginkan kalian seandainya ada adam yang tewas kerana kalian..????
inginkah kalian seandainya keimanan mereka tergugat dek melihat dan menatap gambar kalian dengan penuh minat..????
pastinya xnak bukan..???
seandainya xnak,kenapa perlu mempamerkan gambar solehah kalian di dalam laman sosial dan sebagainya..???
fikir2kanlah jauh kehadapan duhai niqabi sekalian…
apabila kalian tersedar dari mimpi ini,kalian akan terasa sangat menyesali tindakan kalian ini…
duhai niqabi sekalian,
ana ingin berkongsi pendapat seorang ustaz ana yang sangat soleh orangnya…
Alhamdulillah beliau telah dikurniakan seorang zaujah yang sangat solehah kerana kesolehan dirinya…
ana berbincang panjang dengannya tentang niqabi nisa’ sekarang dan bagaikan berteka teki beliau tanya kembali kepada ana..
“antara permata yang terdedah dan permata yang tersembunyi,yang mana anta nak beli..???”
xberfikir panjang,pastinya ana menjawab permata yang tersembunyi…
bila ana menjawab sedemikian ada sebaris senyuman terukir di bibir ustaz dan zaujahnya…
lantas dye menjawab
“seandainya itu jawapan anta,begitu jugaklah jawpan kami”
ana bagaikan terpinga pinga.. xmampu menangkap mksd bicara ustaz ana masa tu…
bila dahi ana kelihatan berkerut2,us dan zaujahnya mampu meneka yang ana masih x mampu memahami lantas us terus bersuara
“permata yag terdedah sering dilihat owg manakala permata yang tersembunyi sangat sukar dilihat owg.. maknenya permata yang tersembunyi itu sangat tinggi nilainya berbanding permata yang terpamer… justeru itu permata yang terdedah dengan pemata yang tersembunyi boleh dikaitkan dengan niqabi yang mempamerkan diri dengan sengaja dan yang sangat menyembunyikan dirinya..
niqabi yang mempamerkan dirinya dengan sengaja seperti didalam laman sosial itu dirinya sendiri sebenarnya telah membuatkan ajnabi yang betul2 menjaga imannya menganggap nisa’ itu tidak begitu bernilai walaupun berniqab sebaliknya walaupun mempunyai akaun sendiri namun dirinya x pernah dibiarkan terpamer di dunia realiti apatah lagi di dunia maya,itulah permata dan nisa’ yang sangat tinggi nilaiannya… mungkin ya akan ada yang menyatakan mereka ‘solehah’ tapi sbagai seorang muslimin,ana tahu bagaimana hati muslimin tu berbicara..percayalah,lebih baik tersembunyi daripada terdedah kerana kelak nisa’ yang tersembunyi itulah yang menjadi idaman semua muslimin daripada yang terpamer.. mana ada muslimin yang inginkan seorang zaujah yang suka menonjolkan diri kerna bagi setiap muslimin seandainya zaujahnya terlalu menonjol,kelak hati mereka sendiri akan sengsara kerna si jantung hati mempunyai ramai peminat… dan ingatla, seandainya berniqab tapi mempamerkan diri sesuka hati tanpa memikirkan kesannya,mereka itu bukanla golongan muslimah sebaliknya perempuan.. fahamila perempuan dan muslimah adalah dua kelompok nisa’ yang berbeza…
kalau x berniqab dan x berjilbab labuh tapi dye jaga apa yang telah islam tetapkan,nisa’ itu tergolong dalam kelompok muslimah tapi seandainya berniqab,berjilbab labuh semuanya jaga kecuali suka mempamerkan diri di hadapan khalayak terutamanya di laman maya,nisa; itu sudah pun tergolong dalam kalangan perempuan sahaja bukan muslimah yang dinyatakan…”
apabila us selesai berbicara,hati ana bagaikan di sentak.. bagaikan ada manik2 jernih mula menakung di persisiran ‘pantai’..
YA ALLAH… begitu rupanya.. terasa sangat insaf dan begitu khilaf…
Allah telah menyedarkan ana sebelum ana hanyut diulik bisikan syaitan yang terus membisik dan meracuni anak cucu cicit adam dan hawa…
dengarilah duhai anak2 solehah….
muhasabahkanla kembali apa tujuan kalian berniqab…
sedih ana melihat gambar kalian terpampar begitu sahaja..
gelisah ana pabila ada muslimin yang memberi bicara….
dengarilah wahai mujahidah..
tiada guna diri terpamer cantik dihadapan masyarakat tapi x cantik di hadapan Allah…
pandangan manusia sekadar di dunia tetapi pandangan Allah membawa kesyurga.. renung2ilah…
akhir qalam dari ana sebagai seorang hamba Allah yang dhoif, maafkan ana seandainya bicara ini mengguris hati.. maafkan ana seandainya bicara ini terlalu lancang…. tujuan ana hanya ingin kalian berfikir panjang… kalian sebenarnya merendahkan martabat diri kalian sebagai niqabi kerana mempamerkan dengan sengaja.. kalian seorang gadis,sepatutnya ia di jaga rapi bukan di dedah sesuka hati… seandainya kalian seorang zaujah,ana xkisah kerana hak kebenaran untuk mempamerkan itu ada pada zauj kalian.. dan renungilah sedikit sebanyak bicara ustaz ana.. mahukah kalian tergolong didalam kalangan berniqab tapi bukan muslimah..???
renung2kanlah….

Sabtu, 29 Disember 2012

Jangan Berhasad Dengki

Tidak baik dengki2. Nanti memakan diri sendiri. Yang untung syaitan juga..

Perbanyakkan istighfar ya..
ingat mengumpat terus istigrafar 3x.
nampak perempuan tidak tutup aurat istigrafar 3x.
ingat dosa pun terus istighfar,
Astaghfirullahal 'azim 3x

selamat beramal tip ini ya.

Ahad, 23 Disember 2012

DOA MURAH REZEKI


CARA HIDUP ISLAM

Sebarkan sebelum terlambat..

Christian : Kenapa kau tidak mengucapkan Selamat Hari Krismas padaku?

Muslim : Agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu tapi masalah ini, agama saya melarangnya.

Christian : Tapi kenapa, bukankah hanya sekadar kata-kata? Teman muslimku yg lain, mengucapkannya kpd aku?

Muslim : Mungkin mereka belum mengetahuinya. David, kau boleh mengucapkan dua kalimah syahadah, dlm bahasa melayu pun tak mengapa?

Christian : Oh tidak, saya tidak boleh mengucapkannya. Itu akan mengganggu kepercayaan saya selama ini.

Muslim : Kenapa? Bukankah hanya kata-kata? Ayuh, ucapkanlah...

Christian : Sekarang......... saya mengerti...

Jadi Haram Hukumnya mengucapkan Selamat Hari Natal/Christmas & Tahun Baru krn ada dlm Hadith Nabi:

"Barang Siapa yg Meniru, Mengucapkan Selamat kpd Agama Lain Bererti ia Telah Kafir & Neraka Janahamlah Tempatnya" (HR.Bukhari Muslim)

| Sebarkan sebelum terlambat.. ♥

Menghuraikan bahawa orang Islam tidak boleh meniru perbuatan yg bertentangan dgn Islam oleh kaum bukan muslim.

K.b.t

HADIAH UTK SEMUA


DOA KETIKA DLM KESUSAHAN


BETUL SANGAT


HALA TUJU ROH


HALA TUJU ROH & MANUSIA YANG AKAN BERSALAMAN BERSAMA MALAIKAT SELEPAS KELUAR DARI KUBUR..
by Ikhwan Nulmuslimin on Wednesday, November 24, 2010 at 10:07pm
Abu Bakar R.A telah ditanya tentang kemana roh akan
  pergi setelah ia keluar dari jasad.Maka berkata Abu Baka r R.A :
  "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
  
    1) Roh para Nabi & utusan ke Syurga ADNIN...
    2)  Roh para Ulama menuju ke Syurga FIRDAUS...
    3)  Roh mereka yang berbahagia menuju ke syurga ILLIYYINA...
    4)  Roh Roh para syuhada beterbangan seperti burung di syurga
           mengikut kehendak mereka...SUBHANALLAH!!!
    5)  Roh para Mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak
           di langit dan tidak dibumi sampai hari kiamat...
    6)   Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di
            gunung dari minyak misik...(wangi)
     7)  Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka SIJJIN
            ,mereka diseksa berserta jasadnya selama2nya...
      
    Telah bersabda Rasulullah s.a.w :
    Tiga kelompk yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
     pada hari mereka keluar dari kuburnya :-
      1) Orang-orang yang mati syahid
      2) Orang yang mengerjakan solah malam dimalam bulan Ramadhan
      3) Orang-orang yang berpuasa dihari Arafah.

   Ingatlah walaupun seseorang yang islam itu....islam....dia tetap mati didalam kekafiran jika
   di akhir hayat nya tidak dapat mengucap 2 kalimah syahadah...& samalah dia dengan yang KAFIR.
   Sesiapa yang matinya tanpa mngucap 2 kalimah syahadah maka tiada syurga baginya hatta bauannya
   juga dan kekallah dia didalam neraka buat SELAMA-LAMANYA....sama2lah kita merisaukannya sambil  melakukan amalan untuk menghindarinya......wanauzubillah himindzhalikh....
     
   WALLAHUALAM.....(ku berpesan pada diri ku jua) 
   
   remember Allah always.....
             

~Renew Hati.. >.<)


Kemusykilan Pertama: “Apakah maksud detail zina hati?”

Al-jawab: Jika dilihat di atas, zina hati diterjemahkan kepada 3 iaitu:

Berhasrat.
Berharap.
Membanyangi.

Kemusykilan Kedua: “Adakah apabila kita minat seseorang, lalu hati kita asyik teringat padanya, itu termasuk zina hati?”

Al-jawab: Islam adalah agama yang menghormati fitrah manusia. Rasanya semua maklum. Namun fitrah itu juga bukanlah sewenang2nya diikuti sehingga menimbulkan fitnah. Dalam keadaan ini, perasaan minat pada manusia itu adalah fitrah. Lalu, adakah itu termsuk fitrah yang dilarang atau yg dihalalkan?

Jawapannya, perasaan minat kepada seseorang itu bukanlah termasuk zina hati. Ianya termasuk dalam fitrah manusia yang mana amat dihormati oleh Islam dan halal jika tidak secara berlebihan (contohnya x makan, x minum, samapi tinggal solat, termenung x tentu pasal, dan lain2). Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menjaga wara’nya ataupun amat takut dengan taqwanya akan rosak, lalu eloklah dijauhkan. Ini kerana, walaupun perasaan itu tidak haram ianya boleh merosakkan kesempurnaan ibadah seseorang dan kesucian hati. Tetapi, sekali lagi diingatkan, ianya halal selagi tidak memudharatkan diri.
Kemusykilan Ketiga: “Abeh tu, apakah yang termasuk dalam zina hati?”

Al-jawab: Perasaan minat juga boleh termasuk dalam zina hati. Aikk? camne lak tuh? tadi cakap tak…
Ia boleh jika kita minat padanya sehingga kita terbayang2 pada minda, ataupun kelopak mata kita. Inilah yang ditafsirkan oleh hadis tadi sebagai membayangi. Membayangkan seseorang yang kita minat pada otak akan membawa kepada benda yang lebih melarat. Lebih2 lagi jika kita membayangi aurat si dia. Lalu, itu secara jelasnya termasuk dalam zina hati. ianya adalah HARAM dan dilarang keras dalam Islam.

~Cinta Allah..


awak cintakan Allah x ?

ya ! sya cintakanNya ..

err , if awk cintakan Dia , nape awk x berkorban demi Dia ?

mksd awk pe ?

i mean , aurat awk , solat awk ..

oh , hm , blum cukup brsedia .. panas r pakai tdng labuh nie ..

aik ? awk kata syangNya .. cintaNya .. awk pun tau kan , cinta itu hebat .. smpai kan ada snggup meredah lautan luas demi kekasihnya ( ayat budak2 couple -_-) , .. hebat sngguh cinta .. tapi awk nak panas skit pn x leh .. tu bukan cinta namanya .. cakp je cinta , tapi hati x cinta .. msti awk sakit ati bila ada orag kata cinta kat awk , tapi nak tlong awk pn x nak .. bila awk de mslah , dia lari .. bila awk sng , dia dekat ngn awk .. sakit ati kan ?

hm , yerr , skit sngt ..

sme la jgak ngn Allah .. bila awk sakit , awk ingt Dia .. bila awk shat , awk lupakan Dia .. sme je konsepnya .. bila awk de msalah , dia lari .. bila awk sng , dia dkat ngn awk .. korban sikit panas tu utk beberapa puluh taun je .. xdela panas mana .. kat neraka , lagi panas au .. lama pulak tu .. kat dunia awk pn x tahan , sya jamin , kat neraka lagi awk x tahan ..

err , ukee awk ..

# ingat lah , jangan benci orang yg menegur kamu , tapi berterima kasih lah dekat dia .. mengapa ? krana dia syg kamu .. orag yg x syag kamu ialah orag yg mmbiarkan kamu trus melakukan dosa sprti dia melihat dan membiarkan kamu terjun ke dalam api .. itu kah syg ? itu kah cinta ? sbgai conth , ayh kamu msti tegur bila kamu bermain api yg sangt panas .. ' heii ! nape main api ?! bahaya ! ' .. sbb pe ? sbb syag .. kalau x syg , dia msti akan mmbiarkan kamu smbl memerhati saja .. ye idak ? pnjg pulak tazkirah sya nie .. hee .. btw , trima kasih krna baca smpai sini , fikir fikirkan lah ;D .. anda ada akal , silakan pakai ;D .. jom berubah =D


cinta Allah

~Keindahan Matematik..


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
... ... 1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Hebatkan?
Dan cuba lihat simetri ini:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321
Sekarang tengok ini
101% dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.
Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ
Digambarkan sebagai:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
KERJA KERAS
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%
H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
Knowledge
11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%
SIKAP
19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%
Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
Sikap diri atau attitude adalah yang perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude yang positif dalam diri kita, kita masih belum dapat mencapai 100% lagi.
Tapi
LOVE OF GOD
12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%
atau
SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101% =))

6 JENIS PEREMPUAN YANG PATUT DI JAUHI


1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tidak cukup, apa yang diberi semua tidak cukup. Diberi rumah tidak cukup, diberi motor tidak cukup, diberi kereta tidak cukup. Tidak redha dengan pemberian yang diberi suami.

Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia sahaja, tanpa menghiraukan perasaan suami. Tidak hormat kepada suami apalagi berterima kas
ih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tidak pernah puas. Ada saja yang tidak cukup.

2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tidak berkenan, maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami.

Tidak mengenang budi, tidak bertanggungjawab, tidak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.

3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tidak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah : Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia sahaja.

5. Al-Hulaaqah : Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.

6. As-Salaaqah : Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar di matanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas isteri itu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

Selasa, 11 Disember 2012

Pernah tak terfikir, saat bila kita mula berkenalan dengan Allah? Kalau ditanya, mungkin ramai yang akan kata, lahir ke dunia ni mestilah terus kenal Allah. Umur 5 tahun dah di ajar Iqra'. Umur 6 tahun di ajar solat. Umur 8 tahun mula puasa penuh. Jadi, dah lama la kita kenal Allah ni. Tapi kalau di tanya, Allah tu macam mana? Apa sifat-sifat Allah? Yang 20 tu. Apa nama-nama Allah? Yang 99 tu... em.. belum tentu semua orang ingat. Belum tentu semua orang hafal. Paling penting, belum tentu semua orang tahu. Paling teruk, belum tentu semua orang benar-benar nak tahu. Yang tahu, kenal Allah bila solat. Kenal Allah bila mengaji. Kenal Allah bila puasa. Tapi, Allah kan ada di mana-mana. Tiap-tiap ketika. Tak sedar keAllah tu sentiasa ada?
Saya mula berkenalan dengan Dia pada tahun 2009. Hah? Baru 2 tahun?! Ye! Baru 2 tahun.
Habis tu, selama ni tak kenal Allah? Bukan tak kenal. Kenal, tapi tak cukup kenal. Jadi, buat-buat kenal.
2 tahun tu jangka masa yang cukup singkat. Kalau bayi, mungkin dah boleh jalan. Tapi bercakap, pelat lagi. Macam tu la tempoh masa perkenalan saya dan Dia. Cukup pendek. Tapi, satu hal yang sangat-sangat saya kenal, pasti dan yakin tentang Dia. Allah ni kan... SWEET~~
Allah ni Sweet
Takkan ada manusia yang mampu jadi pendamping hidup setanding Dia.
Dia Pemberi Kekuatan
Kemana saya pergi, Dia akan sentiasa di sisi. Menemani diri saat saya keseorangan, menemani diri saat saya kesedihan, menemani diri saat saya kegelisahan. Jadi, takkan pernah rasa takut sebab Dia ada.
Terkadang bila nak balik rumah dari placement, badan terasa sangat penat. Berdiri 8 jam sepanjang hari, berkejar ke sana sini, nak drive balik rumah tersangat-sangat penat. Ditambah dengan kesesakan jalan raya. Pernah sekali kat traffic light, sebab dah lama sangat tunggu, bila bersandar kat tempat duduk, tak sedar terlena. Nasib baik Dia kejutkan. Lampu dah hijau! Okeh, gerak. Walapun dah ngantuk sangat, tapi Dia suruh kuatkan diri. Alhamdulillah, selamat sampai rumah. Makan, solat, tido.
Terkadang pernah balik seorang diri dari Ferryden Park. Pukul 11.30 malam. Nak balik Evandale. Gelap gelita sudah. Sorang-sorang. Takut ke? Tak... Gementar je sikit. tapi takpe, Dia kan ada. Dia akan sentiasa jaga saya.
Allah kan Maha Melindungi. Sweet kan?!
"Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah."
(Al-Baqarah: 107).
Dia Peneman Bicara
Banyak yang terpendam di lubuk hati. Tapi terkadang terasa nak meluahkan pada seseorang. Tapi terkadang ragu. Bukannya boleh dapat penyelesaian. Dan terkadang ada kata-kata yang tak terluah.
Tapi pada Dia, saya tak malu nak bercerita. Semua sekali! Walaupun terkadang ada kata-kata yang segan untuk dituturkan dengan kata-kata, tapi Dia kata takpe. Tak perlu ucapkan dengan kata-kata pun. Tak perlu susahkan diri untuk susun ayat. Sebab Dia kata Dia dah tahu apa yang terpendam dalam hati saya tanpa perlu saya kata apa-apa. Wah! Allah tu sweet kan!
"Katakanlah, " Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya," Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu."
(Ali 'Imran: 29).
Dia yang Kaya Raya
Selalukan kalau kita dengar cerita atau tengok kawan kita yang keluar dating tiba-tiba bawak balik banyak hadiah. Teddy bear la, kad la, bunga la, baju, kasut dan etcetera. Banyak o.. Pastu semua orang mula la puji. "Eh, bagus la pakwe ko. Sweetnye~~"
Eleh, cukup sweet dah ke tu? Kalau yang bf tu sekadar guna duit loan, scholar, atau kerja nak belanja kita, mesti akan ada tika masanya kita kena jugak guna duit sendiri. Paling-paling duit tambang bas, teksi atau komuter nak keluar. Still! Duit kita akan kurang jugak. Siapa yang berani kata duit dia tak pernah kurang walau 1 sen pun setiap kali keluar? (Tapi sekarang 1 sen dah tak laku. Jadi, 5 sen la).
Tak cukup sweet tu...
Kalau dengan Dia, Dia sangat kaya raya. Duit-duit yang saya dapat, semua daripada Dia. Bukan saja duit, semua yang saya ada sekarang ni, semua Dia yang bagi. Segala-galanya. Amacam? Hebat tak Dia. Ada ke manusia yang sehebat Dia? Pasti tiada!
Tapi kan, sebab Dia sangat sweet, Dia tak bagi semua ni pada saya directly. Nak tambahkan sweetness tu, Dia bagi melalui medium lain. Daripada ma abah, daripada sponsor saya dan lain-lain. Sebab kalau Dia bagi direct, Dia tahu saya akan segan sebab saya tak ada apa-apa pun nak bagi untuk balas balik apa yang Dia dah berikan pada saya. Sweetkan Allah?!..mesti la sweet
"Katakanlah (Muhammad), " Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab, "Allah." Maka katakanlah, "Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya)?"
(Yunus: 31).
Dia yang Pemaaf
Manusia ni susah nak mengaku salah. Paling teruk, susah nak meminta maaf. Haih!
Dengan Dia, saya ada BANYAK kisah tentang kesalahan, kesilapan dan... keMAAFan.
Daripada mula saya lahir, sampailah umur 23 tahun  dah banyak kali dah saya sakitkan hati Dia. Dia kata jangan buat, saya buat jugak. Apa yang Dia suruh buat, saya tak nak buat. Degil! Kalau dengan manusia, dah lama dah saya patut kena marah. Tapi, Dia tak pernah marahkan saya. Dia sabar layan kerenah saya. Sebab Dia tahu, masa tu saya tak betul-betul kenal Dia, saya tak benar-benar fahami Dia. Jadi, Dia bagi saya peluang lagi.
Tapi bila dah tahu, bila dah kenal, terkadang tu tetap jugak saya ulang balik kesalahan yang lalu. Tapi, dengan muka tak malunya, saya pergi minta maaf kat Dia balik. Dan Dia... selagi roh masih belum ditarik ke kerongkong... Dia PASTI akan tetap maafkan saya. Sweetnye~~
"Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Az-Zumar: 53).
Dia Pemberi Ketenangan
Keluh kesah. Resah gelisah. Perasaan yang setiap orang pasti pernah merasainya. Bila nak exam, bila kena siapkan assignment, bila nak pergi interview etcetera.
"Aku kalau ada apa-apa masalah, aku tak kisah. Kalau dengar je suara Adam (bukan nama sebenar), hati aku mesti tenang." 
Kalau sesama perempuan?
"Sesama perempuan ni lain. Diorang tak faham sebab kita sama kan. Kalau dengan yang berlainan "makhluk" ni, lebih mudah untuk saling memahami. Cas yang sama kan saling menolak. Bila cas yang berlainan baru saling menarik." erk!
Tapi, bila bergaduh...
"Benci betul la aku dengan si Adam (masih bukan nama sebenar). Dah banyak kali call, tapi tak angkat phone pun! Dia yang buat salah, tapi dia pulak yang merajuk. Dah la.... (terhamburlah semua kekurangan si Adam tuh)." A'ah, tenang la sangat.
Paling tak best, bila perempuan yang marah, si Adam pun ikut merajuk sekali. Bukannya nak pujuk. Perempuan pulak yang kena pujuk balik. Apekah! Come on la Bro! Tak sweet!!!
Haih~
Tapi kalau dengan Dia, tak pernah ada kes main tarik-tarik tali ni. Sebab yang pasti, Dia takkan pernah merajuk dengan saya walau apa pun yang saya buat. Dan setiap kegelisahan, kesedihan, kesulitan, Dia pasti sentiasa menemani saya, mengurangkan bebanan perasaan. Dan takkan pernah berhenti. Sweet kan?!
"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd: 28).
Yang Pasti, Dia pun Rindukan Saya Jugak!
Allah ni sweet. Dia bagi saya banyak sangat nikmat yang takkan mampu saya hitung. Tapi tulah. Dah pun namanya manusia. Yang bermaksud pelupa.
Ada ketika saya buat dunno je dengan Dia. Dia sentiasa ada je kat sisi. Tapi terkadang saya tak layan pun Dia. Tapi, Dia tetap jugak bagi saya macam-macam nikmat. Saya pulak tak berterima kasih pun kat Dia. Sebab bila saya syok sendiri sangat, lupa bahawa Dia yang sebenarnya bagi kat saya setiap sesuatu tu. "Ek" betul saya kat Dia, kan!
Tapi... Dia sangat sweet... Dia pun rindu saya jugak. Dia nak saya ingat kat Dia. Dia nak saya sebut nama Dia. Dia nak saya minta tolong pada Dia. Sebab kalau boleh, Dia memang nak bagi semua benda yang saya mintak on the spot! Tang tang tu jugak Dia boleh bagi. Tapi ada yang Dia hold dulu. Sebab Dia nak saya dapat yang lagi BEST! Lagi SYOK!
"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah: 216).
Jadi, bila Dia dah mula rindukan saya, Dia bagi ujian. Dia bukan nak susahkan saya. Tapi sebab Dia nak tahu, betul ke saya cintakan Dia? Kat bibir kata cinta, tapi kat hati macam mana? Dan paling penting, Dia nak saya ingat kat Dia. Sebab Dia sangat-sangat rindu kat saya. Jadi bila diuji, saya rasa sedih, saya rasa payah, saya rasa sakit. Saya mesti nangis! Tapi, bila macam ni, satu kata yang pasti saya sebut. Dan saya sangat pasti bukan hanya saya, tapi kita semua pasti akan sebut... \"Ya Allah!\"
Dan Dia pasti akan gembira. Sebab kita dah ingat Dia balik. Rindu yang terlerai... Sweet~~~
"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu..." (Al-Baqarah, 152).
Dia Pendamping Abadi
Dia sangat memahami saya. Betul, Dia sayang saya. Tapi, Dia pun tahu fitrah seorang hamba, yang Dia sendiri ciptakan. Setiap manusia perlukan pendamping. Yang bersifat sama. Seorang hamba.
Jadi setiap orang dah ditentukan jodoh masing-masing. Termasuklah saya sendiri. Tapi, semua orang nak yang terbaik. Saya pun! Dan Dia tahu saya nakkan yang terbaik. Oleh kerana sayangnya Dia pada saya, Dia hadiahkan saya satu nasihat. Takkan sama kaca dengan permata. Kita meminta emas, takkan kita nak berikan gangsa?
"... sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..."
(An-Nur: 26).
Saat itu, takkan pernah tercepat. Dan takkan sekali-kali terlambat. Bila si dia di sisi, yang pasti Dia tetap di hati.
Awak dah berkenalan dengan Allah? Kalau belum, mulakan lah perkenalan. Bimbang kalau terlambat. Dan awak takkan pernah sedar... Yang Allah tu sweet~~~ Thank you Allah!
sumber : Artikel iluvislam.com =D

Sabda Nabi : " Ilmu itu milik Allah , barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah , Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya " JOM SHARE =D

Isnin, 10 Disember 2012

Cerita Di Sebalik Zina Hati.. =D







Assalamualaikum .. Hari ini ana nak kongsikan satu cerpen yang mungkin kita terlepas pandang .. cerpen nie dah lama dihasilkan .. ana x tau sumber asal .. mungkin ada yg dah baca , dan mungkin ada yg belum pernah membacanya .. Btw , jom baca =)




***************************


" Siti Syazwani , Happy Birthday ! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya .. All the best in everything you doa .. Jaga diri & iman baik-baik ya ..
- Amin , UK - "

Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas . Cukup ringkas . Namun . Aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini ? Jika tidak , tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku . Dah lah pakai nombor orang lain , siap tulis nama penuh aku pula tu . Tak pernah pula dia tulis macam ni .. Ish , hati mula ragu-ragu . Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku .


Adakah dia sudah ...... ? Argh , tak mungkinlah ! Dia dah kata takkan ….

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas . Namun , sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya . Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung sama ada melalui telefon , SMS , email , YM dan juga friendster . 


Dan ketika itu . Aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara , dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin . Setahun sekali tak salah rasanya . Melepas rindu lah sedikit . ' Boring ' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja . Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah . Ulang-alik setiap hari pun boleh .

Di KL . Aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa . Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang . Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari . Walaupun dia beralasan sibuk , tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana . Nak tak nak . 

Aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya . Asal boleh berjumpa , ia sudah cukup bagi aku . Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat . Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu . Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah , Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan ' early dinner ' di situ . Kemudian , satu detik yang agak ' mengingatkan ' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku ..

Dia ada bertanya " Apa beza kita dengan mereka kat situ tu ye ? " Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang ' couple ' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman . Aku tergamam sekejap . Huh . Agak menduga , tapi ' simple ' saja . " Ala , kita ni baik sikit . Tak ada pegang-pegang . Tutup aurat elok . Sampai waktu solat , kita solat . Erm , Islamik sikit lah pendek cerita ! "

" Hmm .. " Amin hanya mengangguk-angguk .

" Dalam Islam ada ke macam ni ? " Amin menduga lagi .

Erk .. Semakin terkesima aku dibuatnya . Kali ini aku terus diam terpaku . Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini . Kalau aku jawab lagi , mesti dia ' counter ' lagi . Huh . Diam sahaja lah !

" Erh , abaikan saja lah . Saja saja saya tanya .. " Amin cuba menyedapkan hati .

Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru , dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu . Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak ' rasmi ' ini .
Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku . SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja . Itu pun boleh dibilang dengan jari . Namun . Aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam . Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat , kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli . 

Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada . Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah . Dia juga ada berpesan - ' Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting . Insya Allah , kemudian Dia akan jaga hubungan kita . '

Jadi , apakah yang akan berlaku selepas ini ? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu . Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini . Aku masih setia menanti kepulangannya . 


Dan aku yakin dia juga setia pada aku . Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia . Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain . Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang ' playboy ' pada masa kini .
Ops ! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian .

' Tuuut ... Tuuut ... ' Nada dering SMS berbunyi . Nombor Amin yang terpapar .

" Esok free tak ? Boleh kita chatting ? "

" Boleh .. Saya free saja .. " jawab aku ringkas . Erm , mesti dia saja nak buat ' surprise ' . Aku dah agak dah , takkanlah dia hantar SMS saja untuk wish birthday . Aku . Keyakinan aku mula bertambah . Dia masih sayang padaku .

" Ok . thank you .. " balasnya pula .

Keesokannya . Aku menanti awal dia online .

' untuk .. untuk .. untuk .. ' Amin has signed in .

Oh , tepat sungguh waktunya ..

Amin : assalamualaikum wbt.

Wani : wsalam ..

Amin : apa khabar ? sihat ? iman baik ?

Wani : alhamdulillah .. sihat2 .. =) awak ?

Amin : alhamdulilah .. baik2 juga .. iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni .. tapi tak mengapa , ok saja semua

Wani : awak tak balik ke tahun ni ? btw , thanks for the birthday wish last week ..

Amin : welcome .. tak balik .. banyak kerja sikit tahun ni .. lagi pun saya nak try bekerja .. cari duit ..

Wani : wah , rajinnya .. baguslah !

Amin : hurm ..

Amin : study macam mana ?

Wani : ok saja .. new sem ni berat sikit .. Jadual pack ..

Amin : oic ..

Amin : tak mengapa , study rajin2 ye ..

Amin : hurm , dah lama nak tanya ni sebenarnya ..

Amin : hurm ..

Wani : apa dia ? tanya lah .. sila2 ..

Amin : 1st of all sorry dulu ye .. hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang ?

Wani : erh .. macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ' kawan ' .. tak lebih daripada tu .. tapi , special sikit .. tiada couple-couple macam org lain .. declare pun tak kan ?

Wani : so , statusnya kawan saja lah ..

Amin : hurm ..

…..

Wani : erh , tak betul ke ?

Amin : hurm .. ni opinion saja lah - antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram , tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri sahaja .. yang lain-lain .. atas alasan apa sekali pun ia tak patut diterima ..

Aku tergamam seketika .. Tertampar keras juga rasanya ..

Wani : jadi ..

Amin : saya rasa kita harus stop .. stop untuk berpisah ..

Amin : sebab ……

Amin : sebab saya sedar yang semua ini adalah salah dan juga keliru ..

Amin : benda ni akan buatkan hati ternodai .. zina hati akan banyak berlaku ..

Amin : walaupun kita jauh , tak call , tak jumpa dll , tapi hati tetap ber'zina' …

Amin : huh …

Amin : saya bercakap itu dan ini pada org ramai … tapi , dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat …

Amin : kononya Islamik …

Amin : saya rasa cara ni tak betul … kita sebenarnya yang dah menyarungkan benda yang tak baik ni dengan Islam … then , org nampak Islamik …

Amin : saya rasa tak ada beza pun kita dengan org lain yang duduk ber'couple2' ini ..

Amin : hurm …..

Amin : jadi , saya rasa kita harus berpisah …

Amin : demi menjaga diri … & sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi …

Amin : sorry … sorry banyak-banyak untuk segala apa yang telah kita buat …

Amin : dan sorry juga sebab telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya …

Amin : andai ada jodoh , moga dipertemukan …

Astaghfirullahalazim . Aku beristighfar panjang . Ku kesat peluh di dahi … Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja . Sedikit terpercik pada keyboard laptop . Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini . Ringkas , lembut , berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata . Sedih , pilu , kecewa , dan sesekali timbul rasa kesal pun ada . Tapi , semua itu tak bermakna lagi …

Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut . Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu . Di saat ini , hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini .
Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan . Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan bisikan musuh , mengikut jalan taghut , mencampurkan halal dan haram , serta mengandungkan yang Islam dan al-hawa …

Cinta hakiki hanyalah pada Allah …

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu ; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya , kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali , mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka . Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu .

Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya . Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini .

Aku terus menjawab ringkas ...

Wani : thanks & sorry too … saya terima … Alhamdulillah …

Wani : moga awak bahagia dan sukses selalu di sana . doakan saya juga .

Wani : wassalam .

Signed out

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya . Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa ? Ya , kami memang saling menasihati dan bertazkirah , saling mengejut Qiamulail , saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis , tapi semua itu memang tak betul caranya. 


Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi … Astaghfirullah ... Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu .

"Sayang .. Cepat turun , Nurul dah nak sampai .. " Ops ! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku , Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin .

"Ya bang , Wani turun .. "

Alhamdulillah … Siap semuanya .. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah .. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ' presentation ' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program ' Belia Negara 2057 ' esok . 

Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan siswa siswi harapan agama dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta .


SUMBER : note facebook  Siti Shairah Mnr 
Sabda Nabi : " Ilmu itu milik Allah , barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah , Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya " JOM SHARE =D