assalamualaikum antum sekalian..hari ni ana terbaca satu artikel tentang keinsafan seorang niqabi yang pernah melakukan kesalahan di laman sosialnya..dan ana x twu nak cerita panjang2..
`Mari Baca'
Selamat menghayati..
~bermulalah penceritaan nya dari sebuah artikel..
Ana bukan nak cari kesalahan kalian sebenarnya tapi ana berkongsi
mengikut pengalaman dan mengikut luahan hati niqabi nisa’ yang betol2
menjaga syariatnya..
sewaktu ana masih mempunyai laman sosial itu,pada awalnya ana
mengupload gambar ana sbg profile, kerana gambar y di upload sebagai pic
profile adalah mempamerkan ‘kesolehan’ diri,ramai yang add na sebagai
friends tanpa perlu ana mengadd mereka…
semakin berjalan waktu,semakin dapat ana perhatikan yang mejoriti
yang cuba menjadi sahabat ana di fb adalah golongan muslimin.. yang
kebanyakannya sedang menuntut di mesir,jordan dan negara2 para nabi yang
len… di samping itu jugak dari pondok2 dan pelajar aliran dari aliran
agama dan juga tahfiz…
kerana gambar yang terpamer adalah gambar yng menampakkan ‘kesolehan’
diri, sampai ada yag berani melamar ana di dalam laman sosial fb nie
dan ada yang sampai terlalu obses.. semakin lama ana semakin sedar
bahawa memasukkan gambar ke dalam fb adalah satu tindakan yang kurang
bijak dan itu seolah2 sengaja merendahkan martabat diri sebagai seorang
niqabi…
kerana peristwa demi peristiwa itu,ana menjadi khilaf dan mengambil
tindakn untuk memprivtekan semua album dan jugak memadamkan gambar agar
tiada yang mampu melihatnya lagi…
selepas itu ana merujuk kepada ustaz ana… dan ustaz kata ana telah
berbuat sesuatu yang salah apabila memasukkan gambbar ke dalam akaun
sosial macam tu kerana ia akan mempengaruhi diri ana sebagai seorang
yang hafaz…
boleh jadi ana boleh terjebak didalam perkara maksiat seperti zina hati
dan mata.. apabila ajnabi melihat gambar itu,walaupun gambar tu tertutup
rapi dengan aurat yang terjaga,muslimin yang berkeinginan untuk
memperisterikan seorang niqabi boleh jadi akan merenung gambar itu
kerana perasa hati yang mula teruji dek kerana sekeping gambar…
justeru itu,selepas ana memadam semua gambar ana di dalam laman
itu,Allah tunjukkan kepada ana bagaimana rasa kecewanya apabila niqabi
nisa’ dengan sesuka hatinya memasukkan gambar ke dalam laman sosial
tanpa di privatekan gambar itu.. malah sampai ada muslimin2 yang puji
melambung tinggi…
sedar ataupun tidak,apbila ada muslimin yang memuji muji keadaan niqabi itu dengan menyatakan
“anti nampak solehah”
“ana menginginkan zaujah seperti ni”
“sejuknya mata memandang”
“tenangnya melihat kamu”
dalam sedar mahupun x,hati niqabi yang mendapat kata2 nie dari seowg
muslimin akan menlonjat lonjat gembira kerana diri telah berjaya menarik
perhatian ajnabi yang mungkin pada pandangan muslimah itu tergolong
dalam kalangan ‘soleh’…
oleh itu,mereka akan semakin rancak untuk meng’upload’kan gambar2 mereka semata mata ingin mendapatkan lagi kata2 seperti itu…
malah apabila ada niqabi yang rasa bertanggungjawab untuk menegur
silapnya muslimah itu,pada awalnya niqabi yang ditegur seolah olah mampu
menerima teguran itu tapi pada hakikatnya hatinya langsung x terusik
walaupun muslimah yang menegur itu mengatakan “martabat anti menjadi
rendah apabila mempamerkan dengan sengaja”…
itulah hakikat kehidupan sekarang.. ramai yang mula tergerak untuk
berniqab tapi sedarkah mereka apa tujuan niqab yang sebenar…????
berniqab sekarang nie bagaikan menjadi satu trend dan ikutan bukan dipakai kerana ingin mngelak daripada di pandang ajnabi…
adakah kalian berniqab kerana ingin dipandang sebagai muslimah solehah…???
adakah kalian berniqab kerana ingin menarik perhatian ajnabi soleh..????
adakah kalian berniqab kerana mahukan pandangan yang bek di kaca mata manusia..???
seandainya kalian menjawab ya untuk semua soalan di atas,sebaiknya
kalian jangan meneruskan niat kalian untuk berniqab kerana kesannya akan
menimpa sama mereka yang berniqab kerana Allah S.W.T..
tindakan kalian akan membuatkan pandangan negative masyarakat kepada golongan yang berniqab..
“dan apabila kamu ingin meminta sesuatu daripada isteri2 nabi,maka minta di sebalik tabir”
-Al ahzab-
firman diatas merujuk kepada para sahabat… perkataan ‘isteri2′ nabi
merujuk kepada semua wanita yang ada.. ingatlah wahai muslimah
sekalian,kalian x sepatutnya mempamerkan diri kalian kerana apabila ia
dilakukan dengan sengaja semua itu akan jatuh hukuum HARAM…
inginkan kalian seandainya ada adam yang tewas kerana kalian..????
inginkah kalian seandainya keimanan mereka tergugat dek melihat dan menatap gambar kalian dengan penuh minat..????
pastinya xnak bukan..???
seandainya xnak,kenapa perlu mempamerkan gambar solehah kalian di dalam laman sosial dan sebagainya..???
fikir2kanlah jauh kehadapan duhai niqabi sekalian…
apabila kalian tersedar dari mimpi ini,kalian akan terasa sangat menyesali tindakan kalian ini…
duhai niqabi sekalian,
ana ingin berkongsi pendapat seorang ustaz ana yang sangat soleh orangnya…
Alhamdulillah beliau telah dikurniakan seorang zaujah yang sangat solehah kerana kesolehan dirinya…
ana berbincang panjang dengannya tentang niqabi nisa’ sekarang dan bagaikan berteka teki beliau tanya kembali kepada ana..
“antara permata yang terdedah dan permata yang tersembunyi,yang mana anta nak beli..???”
xberfikir panjang,pastinya ana menjawab permata yang tersembunyi…
bila ana menjawab sedemikian ada sebaris senyuman terukir di bibir ustaz dan zaujahnya…
lantas dye menjawab
“seandainya itu jawapan anta,begitu jugaklah jawpan kami”
ana bagaikan terpinga pinga.. xmampu menangkap mksd bicara ustaz ana masa tu…
bila dahi ana kelihatan berkerut2,us dan zaujahnya mampu meneka yang ana masih x mampu memahami lantas us terus bersuara
“permata yag terdedah sering dilihat owg manakala permata yang
tersembunyi sangat sukar dilihat owg.. maknenya permata yang tersembunyi
itu sangat tinggi nilainya berbanding permata yang terpamer… justeru
itu permata yang terdedah dengan pemata yang tersembunyi boleh dikaitkan
dengan niqabi yang mempamerkan diri dengan sengaja dan yang sangat
menyembunyikan dirinya..
niqabi yang mempamerkan dirinya dengan sengaja seperti didalam laman
sosial itu dirinya sendiri sebenarnya telah membuatkan ajnabi yang
betul2 menjaga imannya menganggap nisa’ itu tidak begitu bernilai
walaupun berniqab sebaliknya walaupun mempunyai akaun sendiri namun
dirinya x pernah dibiarkan terpamer di dunia realiti apatah lagi di
dunia maya,itulah permata dan nisa’ yang sangat tinggi nilaiannya…
mungkin ya akan ada yang menyatakan mereka ‘solehah’ tapi sbagai seorang
muslimin,ana tahu bagaimana hati muslimin tu
berbicara..percayalah,lebih baik tersembunyi daripada terdedah kerana
kelak nisa’ yang tersembunyi itulah yang menjadi idaman semua muslimin
daripada yang terpamer.. mana ada muslimin yang inginkan seorang zaujah
yang suka menonjolkan diri kerna bagi setiap muslimin seandainya
zaujahnya terlalu menonjol,kelak hati mereka sendiri akan sengsara kerna
si jantung hati mempunyai ramai peminat… dan ingatla, seandainya
berniqab tapi mempamerkan diri sesuka hati tanpa memikirkan
kesannya,mereka itu bukanla golongan muslimah sebaliknya perempuan..
fahamila perempuan dan muslimah adalah dua kelompok nisa’ yang berbeza…
kalau x berniqab dan x berjilbab labuh tapi dye jaga apa yang telah
islam tetapkan,nisa’ itu tergolong dalam kelompok muslimah tapi
seandainya berniqab,berjilbab labuh semuanya jaga kecuali suka
mempamerkan diri di hadapan khalayak terutamanya di laman maya,nisa; itu
sudah pun tergolong dalam kalangan perempuan sahaja bukan muslimah yang
dinyatakan…”
apabila us selesai berbicara,hati ana bagaikan di sentak.. bagaikan ada manik2 jernih mula menakung di persisiran ‘pantai’..
YA ALLAH… begitu rupanya.. terasa sangat insaf dan begitu khilaf…
Allah telah menyedarkan ana sebelum ana hanyut diulik bisikan syaitan
yang terus membisik dan meracuni anak cucu cicit adam dan hawa…
dengarilah duhai anak2 solehah….
muhasabahkanla kembali apa tujuan kalian berniqab…
sedih ana melihat gambar kalian terpampar begitu sahaja..
gelisah ana pabila ada muslimin yang memberi bicara….
dengarilah wahai mujahidah..
tiada guna diri terpamer cantik dihadapan masyarakat tapi x cantik di hadapan Allah…
pandangan manusia sekadar di dunia tetapi pandangan Allah membawa kesyurga.. renung2ilah…
akhir qalam dari ana sebagai seorang hamba Allah yang dhoif, maafkan
ana seandainya bicara ini mengguris hati.. maafkan ana seandainya bicara
ini terlalu lancang…. tujuan ana hanya ingin kalian berfikir panjang…
kalian sebenarnya merendahkan martabat diri kalian sebagai niqabi kerana
mempamerkan dengan sengaja.. kalian seorang gadis,sepatutnya ia di jaga
rapi bukan di dedah sesuka hati… seandainya kalian seorang zaujah,ana
xkisah kerana hak kebenaran untuk mempamerkan itu ada pada zauj kalian..
dan renungilah sedikit sebanyak bicara ustaz ana.. mahukah kalian
tergolong didalam kalangan berniqab tapi bukan muslimah..???
renung2kanlah….

Tiada ulasan:
Catat Ulasan